Wednesday, 20 November 2013

CARA MENYUSUN DAN MENYIMPAN BARANG MAKANAN KERING DI KABINET DAPUR

Tupperwareonline4u

Assalammualaikum dan selamat petang buat semua pembaca blog Panduan Untuk Kediaman Idaman.Kali ini saya ingin mengajak bersama ke dapur pula. Dan kita terus fokus ke ruang penyimpanan barang makanan kering kita di dapur. Sebaik sahaja pulang dari pusat membeli belah, barangan kering yang kita beli tadi ada yang berada di dalam paket plastik, ada yang berada di dalam kotak dan ada yang berada di dalam botol serta tin. Apabila kita buka bungkusan ini, kita perlu menghabiskannya atau menyimpannya semula jika mengunakan sebahagian sahaja. Jika menggunakan plastik, kita boleh mengikat semula dengan menggunakan getah dan penyepit bungkusan makanan yang ada dijual di pasaran. Setelah ikat, kita perlu simpan paket tersebut di ruang makanan kering yang telah kita khas kan. Sedar tak sedar, bungkusan makanan, kotak, tin dan botol makanan kering ini walau di susun ia tetap kelihatan bersepah dan merimaskan ruang dapur. Mungkinkah masih ada cara lain untuk menyelesaikannya?


Ya! Kita boleh menyimpan semula kesemua makanan kering kita tadi di dalam bekas makanan yang boleh di dapatkan di pasaraya atau pengedar Tupperware. Di sini saya sangat sarankan penggunaan bekas yang dikeluarkan oleh Tupperware kerana dengan membeli bekas yang berkualiti tinggi, kita sudah tidak perlu risau tentang daya ketahanannya dan boleh pakai untuk jangka masa lama. Malahan ia ada warranty misalnya jika berlaku kerosakkan pada penutup Tupperware, kita boleh pulangkan semula kepada pengedar dan dapatkan yang baru. 

Berbalik semula kepada cara menyimpan barang makanan kering di kabinet dapur, kita boleh kategorikan bekas makanan kepada setiap barang makanan yang berlainan. Misal untuk kekacang dan rempah, kita guna kan bekas bersaiz kecil, untuk gula dan rempah, kita gunakan bekas rempah, untuk kerook, kerepek dan bijiran cornflakes kita boleh letakkan dalam bekas bersaiz medium. Di sini saya akan kongsikan beberapa contoh cara menyusun dan menyimpan barang makanan kering dengan menggunkan bekas makanan di dalam almari dapur yang di peroleh dari carian Google:-


Jika di lihat pada gambar di atas, ia merupakan cara penyimpanan seperti yang dibuat oleh arwah datuk saya (Al-Fatihah buat arwah). Datuk saya yang menetap di Singapura menjadikan bilik stor kecil sedia ada di kediamannya sebagai stor menyimpan barang makanan seperti gambar di atas. Ini turut boleh diaplikasikan oleh mereka yang mempunyai ruang stor di bawah tangga kediaman masing-masing ( Rumah sekarang terutamanya rumah teres siap telah disiapkan dengan stor kecil di bawah tangga). Untuk di permukaan daun pintu, kalian boleh pasang dan gantungkan bakul-bakul jaring untuk meletakkan tin dan botol makanan kering yang belum dibuka dan belum digunakan lagi. Selalunya bagi mereka yang memunyai kekangan masa dan budget, mereka akan siap merancang untuk sekali beli sahaja stok makanan kering dalam masa sebulan. Jadi stor kecil sebegini diperlukan untuk menyimpan segala stok makanan kering tersebut. Di bahagian dalam stor, boleh dibina para jaring bertingkat-tingkat. Para jaring dari besi keluli sangat sesuai digunakan berbanding kayu kerana dikhuatiri diserang dengan askar anai-anai. Di atas para jaring, kita boleh meletakkan makanan kering yang telah siap diletakkan dalam bekas makanan kering mengikut kategori. Bagi yang rajin dan cermat, boleh lah melabelkan setiap bekas makanan itu dengan kategori atau nama bahan makanan tersebut secara spesifik.


Ketika mendapatkan bekas makanan kering ini, kita perlu merancang dengan baik. Sebaiknya dapatkan bekas makanan dengan sistem modular di mana walaupun mempunyai berlainan saiz untuk lain-lain jenis kategori makanan, kita masih boleh menyusun dalam satu ruang dengan kemas dan teratur kerana saiz nya saling berkaitan dan sesuai antara satu sama lain. Pilih juga warna bekas atau penutup bekas yang sama bagi mendapatkan hasil susunan yang kemas dan memuaskan. Kita juga boleh mengkategorikan bahan makanan mengikut warna bekas atau warna penutup bekas.


Bagi kerepek, keropok dan biskut yang dibeli secara bungkusan besar boleh dibuka dan disimpan didalam bekas penyimpan makanan yang benar-benar berkualiti bagi menjamin mutu keragupan dan kesegaran bahan makanan dari di masuki angin dan lemau. Jika dilihat pada gambar di atas, ia sangat menarik perhatian seisi keluarga baik si anak atau pun si ayah untuk sentiasa berkunjung ke rak makanan ini untuk mendapatkan makanan ringan mereka bagi di bawa kehadapan TV atau ke luar taman. Jika mereka berhenti dari mengunyah, mereka boleh menutup kembali penutupnya tanpa perlu ada isu tercari-cari getah pengikat atau penyepit bungkusan makanan bagi mengelakkan bahan makanan lemau.



Dengan pemilihan warna dan saiz yang bijak, kita dapat menyusun dan koordinat bekas makanan dengan baik sekali dan boleh membuatkan ibu mertua ternganga ketika masuk ke dapur kita. Rahsia nya hanyalah pada Bekas yang kemas dan berkualiti. Kesannya kita dilihat sebagai ibu yang rajin dan sayang pada keluarga kerana kasih sayang seorang ibu terletak pada cara penyediaan makanan kepada seisi keluarga.


Bagi menyimpan barang makanan kering yang banyak dan memerlukan bekas yang besar, kita boleh perbanyakkan membeli bekas yang besar secara seragam dan sama. Mungkin bulan ini kita dapatkan satu bekas, bulan depan lagi satu bekas pula.Lama kelamaan kita telah ada beberapa bekas yang boleh digunakan untuk koordinat barang dan bahan dapur dengan kemas dan menjanjikan nilai yang baik kepada dapur kita untuk keselesaan kita dan keluarga.



Mari kita nilai semula gambar di atas ini. Gambar sebelum dan selepas menggunakan bekas penyimpan makanan. Jauh bezanya. selepas ia dirombak semula dengan cara menggunakan bekas penyimpan makanan. Ia mudah disimpan, mudah di cari, mudah digapai dan mudah untuk anak-anak, suami dan orang lain mencarinya tanpa bantuan dari kita. Ia menjimatkan masa dan yang paling penting ia memberikan mood keselesaan dan keseronokkan si ibu dan seisi keluarga ketika membuka almari penyimpan barang makanan di dapur. 








Untuk yang ingin memulakan penyediaan sistem modular untuk koordinat semula cara menyusun dan menyimpan bahan makanan kering di almari dapur masing-masing boleh mulakan di sini untuk dapatkan bekas modular sistem storage barang makanan =>http://tupperwareonline4u.blogspot.com/2013/11/modular-mates-set.html

Terima kasih kerana membaca,
Salam Sayang dari saya
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina Kehidupan Di Rumah}

No comments:

Post a Comment